MAJLIS
RESENSI BUKU DAERAH MARAN TAHUN 2012
Resensi atau bicara buku cetusan minda Yang
Berbahagia Encik Yahya bin Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang merupakan
satu program ilmu yang boleh memberikan impak tinggi kepada pendidikan; asal
sahaja kita laksanakan dengan sepenuh hati dan berusaha menjadikan amalan
membaca sebagai antara prioriti yang mesti dipenuhi dalam
hidup seharian. Majlis yang membicarakan intipati
buku-buku hebat membolehkan kita mengutip pengetahuan daripada orang lain
yang pelbagai perspektif namun mengimpikan hasrat yang sama iaitu meletakkan
diri, keluarga, agama, bangsa dan negara atas landasan kecemerlangan.
Dengan izinNYA Yang Maha
Esa, Majlis Resensi Buku Peringkat Daerah Maran berjaya dilangsungkan dengan
meriah pada 20 September 2012 bermula jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.30
petang. Sebelum berlangsungnya majlis ini, jawatankuasa kerja telah
bermesyuarat dua kali dengan gandingan pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran
Daerah Maran, MPSM Daerah Maran, barisan guru penolong kanan pentadbiran,
pegawai pusat kegiatan guru dan ahli-ahli panel terlibat. Komitmen dan usaha untuk memastikan Maran menjuarai kecemerlangan
pendidikan memberi ransangan kepada semua pihak terlibat apatah lagi cabaran
yang dilontarkan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Pahang iaitu menjadikan
‘Maran benchmark’.
Walapun Maran
mengharapkan kehadiran Yang Berbahagia Pengarah namun kita sedia menerima
kehadiran semua demi hasrat membudayakan program bercorak intelektualiti.
Bermula jam 2.00 petang, suasana di ruang legar Pejabat Pelajaran Daerah Maran
dipenuhi dengan peserta untuk mendaftarkan diri yang terdiri daripada Pengetua, Guru-Guru Penolong Kanan,
Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang dan Kaunselor yang merupakan
kelompok sasaran program ini. Pegawai PPD Daerah Bera, Encik Bahari bin Mat
juga sudi hadir ke majlis ini, di samping pegawai-pegawai dan wakil dari
Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin. Tetamu rasmi iaitu Yang
Berbahagia Encik Rosdi bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang hadir
pada jam 2.15 petang, disambut dengan paluan kompang oleh murid-murid SMK
Jengka 18. Setibanya di pintu masuk Pejabat PPD Maran, beliau disambut pula
oleh pasukan Bicara Berirama, juga dari SMK Jengka 18 yang membicarakan isu
membaca dan memperkenalkan dua buah buku yang akan dikupas iaitu Raising
Boys dan Make Today Count.
Gambar
1 : Pasukan Bicara Berirama sedang membicarakan isu buku dengan cara yang
begitu unik
Majlis resensi atau
bicara buku ini merupakan salah satu wadah percambahan minda dan pengetahuan
yang sangat berguna dalam kehidupan manusia. Akal budi yang dibangunkan melalui pembacaan dan perkongsian
pengetahuan berasaskan hasil pembacaan memperkayakan watak manusia untuk
mendepani cabaran dalam arus pendidikan khususnya. Justeru, majlis yang
direncanakan ini begitu tinggi nilainya
untuk guru-guru berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengubah pendidikan
yang lebih berkualiti. Matlamat yang digariskan ialah menjana potensi guru yang cakna akan bidang pembacaan, dan mengaplikasikan
maklumat untuk kecemerlangan pendidikan. Warga pendidikan Maran juga
meletakkan tiga objektif program ini iaitu:
1. Memupuk kesedaran peri pentingnya
pembacaan sepanjang hayat.
2. Menanam budaya membaca dalam kalangan
guru-guru ke arah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
3. Menjana kreativiti dan inovasi untuk
pelaksanaan proses pendidikan yang berkesan.
Hasrat murni majlis ini diteruskan dengan Yang Berbahagia Timbalan Pengarah
Pelajaran Pahang berada dalam Dewan Seminar PPD Maran bersama-sama hampir 200
orang tetamu atau peserta dari semua sekolah menengah daerah Maran. Kehadiran Tuan
Haji Md Zulkifli bin Haji Soh, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan
Khas, dan Tuan Haji Mohd Raauf bin Haji Jali, Ketua Sektor Jaminan Kualiti amat
dihargai dan dirakamkan ucapan terima kasih. Juga bersama-sama berada di dalam
dewan ialah pengerusi MGB Daerah Maran.
Nyanyian lagu Negaraku sebagai melahirkan rasa cinta kepada negara
dikumandangkan, dikuti dengan bacaan doa memohon rahmat Yang Maha Esa di bawah
pimpinan AlFadhil Tuan Haji Mohd Ghulam bin Abdullah, GPK Kokurikulum SMK Maran
2. Pengerusi majlis dipertanggungjawabkan kepada Encik Sabaruddin bin Hashim,
guru kaunseling SMK Jengka 16 merangkap Pengerusi MGKK Daerah Maran.
Penglibatan semua pihak dari semua peringkat atau lapisan ini melambangkan
penyatuan dan penglibatan tugas secara menyeluruh berpaksikan ’collaborative,
participative and ownership’.
Bicara buku dimulakan dengan mengupas intipati buku Raising Boys oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada Tuan Haji
Abdul Rahim bin Mohamed, GPK Pentadbiran SMKJ2 selaku pengerusi forum; Encik
Rosmawi bin Hassan, GPK Kokurikulum SMKJ2; Encik Zahanuddin bin Hashim, GPK HEM
SMK Desa Jaya; dan Puan Hajah Fauziah bt Abd Rashid, GPK Kokurikulum SMKJ6. PPD
Maran telah melantik seorang penasihat bagi panel ini iaitu Tuan Haji Md Ali
bin Ahmad, GPK Pentadbiran SMKJ18.
Gambar 2 : Kupasan Buku Raising Boys oleh ahli-ahli panel
yang menarik perhatian semua jemputan.
Kupasan buku dengan melibatkan keupayaan intelek yang tinggi berfokuskan
kepada tiga tahap umur budak lelaki iaitu dari lahir sehingga umur 6 tahun, 7
tahun sehingga 14 tahun, dan 14 tahun sehingga dewasa dikongsi oleh semua warga
dewan dan difahami dari segi keperluan serta pendekatan yang bersesuaian dalam
proses mendidik mereka untuk menjadi manusia yang cemerlang. Anak lelaki
bermula dari saat kelahirannya cukup dekat dengan ibunya, namun selepas usia 6
tahun, mereka menjadikan bapa sebagai role
model yang akan mencorakkan kehidupan dewasanya. Seiring dengan pemahaman
Islam iaitu beri kasih sayang saat usia 7 tahun pertama, didik mereka ketika
tahap usia 7 tahun berikutnya, dan jadikan mereka sebagai rakan apabila
menginjak usia remaja sehingga dewasa. Warga dewan tidak kesunyian apabila
forum ini ada unsur-unsur kecindan
yang bukan diada-adakan, tetapi terhasil secara spontan oleh ahli-ahli panel
terlibat.
Tamat sahaja sesi pertama kupasan buku Raising
Boys, semua peserta terpaku dengan syair yang dilagukan oleh adik Ahmad
Farhan Haniff bin Ahmad Hisham, pelajar tingkatan 2 SMK Jengka Pusat dalam slot
persembahan muzikal dengan iringan muzik gendang, gong dan gitar yang menyentuh
tentang intipati buku Raising Boys, dan Make
Today Count.
Gambar3 : Persembahan Muzikal oleh guru dan pelajar bertemakan
budaya membaca cukup menarik dan menghiburkan.
SYAIR RAISING BOYS & MAKE TODAY COUNT
Anak teruna anugerah bak permata,
Pemimpin ummah
serta Negara,
Duhai para
pencorak warna,
Kain Putih
ibaratkan mereka.
Duhai Murobbi yang bijak bestari,
Dampingi teruna dengan murni,
Agar terbentuk
sahsiah diri,
Pemangkin
kekuatan lelaki sejati
Teguhnya Sikap
tunjang peribadi,
Positifkan diri
minda terpatri
Keutamaan diberi
pada Prioriti
Sempurna hidup
bahagia menanti
Kesihatan
teras hidup insani
Kelangsungan
tubuh kekal lestari
Keluarga
pemangkin hidup harmoni
Kukuhnya ikatan hingga syurgawi
Fikiran Holistik Cerminan Diri
Keputusan utuh
dapat dimetrai
Komitmen kental pembakar diri
Kunci kejayaan
setiap insani
Kewangan kukuh mesti
dijagai
Penghutang tegal menyesal diri
Berpegang teguh Agama dan Nabi
Hidupkan mulia seharum setanggi
Hidup bertuah , Berteman sejati
Sehingga nyawa di ambang mati
Jangan sentiasa terhutang budi
Kebajikan atasi kepentingan
diri
Genggam segala nilai yang murni
Hidup berprinsip itu dicari
Jangan biarkan dicaci dimaki
Perbaiki diri Kembangkan potensi
Lirik Asal: Zuzilawati & Dyana
Susunan & Olahan :
Hj Mohd Rozi Hj Mat Sani SMKJP
Sesi kedua dimulakan dengan montaj yang memaparkan wajah-wajah ahli panel
terlibat. Dengan iringan gendang, semua ahli panel yang terdiri daripada Tuan
Haji Darussalam bin Taib, GPK Pentadbiran SMKJ16 selaku pengerusi ’Talk Show’ ; Encik Zulkifli bin Badion, GPK
Pentadbiran SMKJ12; Encik Mohamad Sukri bin Jamaluddin, GPK Pentadbiran SMKTAA;
dan Encik Mohd Abdul Razif bin Abd Razak, Guru Cemerlang (Bahasa Inggeris)
SMKJ21 naik ke pentas untuk membicarakan buku ’Make Today Count (MTC)’
dan penasihat bagi panel ini yang dilantik oleh PPD Maran ialah Tuan Haji Mohd
Rozi bin Mat Sani, GPK Pentadbiran SMKJP.
Gambar 4 :
Ahli-ahli panel yang terlibat dalam kupasan buku ’Make Today Count’.
Intipati kandungan buku ini dibincangkan dengan sempurna, ada unsur humor
dan ditetapkan tempoh masa. Ia memenuhi keinginan audien kerana jika dinilai
berdasarkan selera penonton, pastinya agak gusar memandangkan jam sudah
melewati 4.15 petang tidak memungkinkan penumpuan sepenuhnya kepada kupasan
buku oleh ahli-ahli panel terlibat. Namun dengan pengalaman dan penglibatan
dalam aktiviti seperti ini membolehkan semua ahli panel mengupas dengan baik
dan dikongsi oleh para peserta untuk menguruskan apa yang dipanggil ’Daily
Dozen’ oleh John C. Maxwell. Apatah lagi apabila Daily Dozen ini dilagukan oleh Encik Mohd Abdul Razif bin Abd Razak
dan Cik Siti Nor Fatihah binti Zakaria dalam melodi joget Pahang yang liriknya
seperti di bawah.
Didiklah diri bijak berfikir
Segala usaha diberi komitmen
Kewangan bijak diurus tadbir
Agama diamal mengukuh iman
Jalin hubungan erat persahabatan
Setiap hari hidup berkebajikan
Prinsip dipegang hidup berpanduan
Pembangunan diri turut diutamakan
12 disiplin disampai sudah
Perihal kritikal capai keputusan
Anggap semua terbaik dan mudah
Kini dan esok membawa kejayaan
Nukilan : Panel Resensi Make Today Count (Daerah Maran)
|
Didiklah diri bijak berfikir
Segala usaha diberi komitmen
Kewangan bijak diurus tadbir
Agama diamal mengukuh iman
Jalin hubungan erat persahabatan
Setiap hari hidup berkebajikan
Prinsip dipegang hidup berpanduan
Pembangunan diri turut diutamakan
12 disiplin disampai sudah
Perihal kritikal capai keputusan
Anggap semua terbaik dan mudah
Kini dan esok membawa kejayaan
Nukilan : Panel Resensi Make Today Count (Daerah Maran)
|
MAKE TODAY COUNT
Membaca
adalah jambatan ilmu
Budaya
mulia bangsa berjaya ##
Mari
membaca membongkar rahsia
Penuhi
dada dengan ilmu
Make Today
Count namanya karya
John
Maxwell penulis buku
Daily
Dozen panduan jitu
Amalan
harian menuju jaya
Mari
amalkan satu persatu
Setiap
hari hidup bermakna
Langkah
dimula mengubah sikap
Buat
pilihan ikut prioriti
Kesihatan
diri dijaga mantap
Hubungan
keluarga dipupuk rapi
Didiklah
diri bijak berfikir
Segala
usaha diberi komitmen
Kewangan
bijak diurus tadbir
Agama
diamal mengukuh iman
Jalin
hubungan erat persahabatan
Setiap hari
hidup berkebajikan
Prinsip
dipegang hidup berpanduan
Pembangunan
diri turut diutamakan
12
disiplin disampai sudah
Perihal
kritikal capai keputusan
Anggap
semua terbaik dan mudah
Kini dan
esok membawa kejayaan
Nukilan :
Panel Resensi Make Today Count (Daerah Maran)
Selesinya sesi kedua yang membincangkan buku Make Today Count, jam sudah mencecah angka lima petang. Saya selaku
Pegawai Pelajaran Daerah Maran dijemput untuk menyampaikan ucapan, dan saya
mengambil peluang ini dalam tempoh lima minit merakamkan ucapan terima kasih
kepada Jabatan Pelajaran Pahang, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
dengan meriahnya majlis resensi peringkat Daerah Maran buat julung kalinya saat
ini. Usaha yang bersungguh-sungguh akan menuai hasil yang terbaik, dan cabaran
kita lalui dengan semangat, tekad dan hasrat untuk menjuarai kecemerlangan pendidikan Maran.
Hidup Melayu penuh kesantunan dan majlis tiada
seri tanpa ucapan Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang. Beliau
menitipkan pesan dalam ucapannya agar program ini disebarluaskan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan berkesan
serta menjadi program impak tinggi
kepada kecemerlangan pendidikan. Beliau
juga merakamkan penghargaan dan tahniah atas kejayaan penganjuran program
tersebut dan disimpulkan sebagai bagus, sangat
meriah.
Gambar 5 : Penyampaian sijil
kepada panel yang terlibat oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Encik Rosdi
bin Ismail.
Melewati jam 5.15 petang, majlis diteruskan dengan
penyampaian sijil kepada ahli-ahli panel dan jawatankuasa pengelola,
penyampaian buku (2 buah/organisasi) kepada MPSM dan MGB daerah Maran,
penyampaian buku ‘Raising Boys’ kepada PPD Kuantan, Pekan dan Rompin, dan
penyampaian cenderamata iaitu buku dan frame kepada Yang Berbahagia Timbalan
Pengarah Pelajaran Pahang.
Majlis ditamatkan dengan gimik ikrar dan janji
warga pendidikan Maran untuk melaksanakan proses
pendidikan bermutu tinggi, meningkatkan kekuatan ilmu dan jati diri, dan
belajar sepanjang hayat yang ditambah nilai melalui amalan membaca. Terima kasih kepada semua.
Membaca Menjana Minda.
Membaca Memperkasa Minda.
Disediakan oleh :
Baharum bin Haji Samat
Pegawai Pelajaran Daerah Maran
|
No comments:
Post a Comment