Sunday, October 21, 2012

PPD PEKAN: EKSPLORASI BUKU


Eksplorasi Buku & Bengkel Penulis Muda Peringkat Antarabangbangsa Mantapkan Program NILAM Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Sumber Sekolah Sekolah Berprestasi Tinggi SK  Seri Biram Pekan Pahang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pekan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah menganjurkan Program Eksplorasi Buku & Bengkel Penulis Muda Peringkat Antarabangsa pada 15 hb Oktober hingga 17 hb Oktober 2012bertempat di BTPN Pahang. Program  ini telah disertai oleh 48 murid-murid sekolah rendah dari seluruh negara dan 8 peserta dari Perguruan Al Azhar  Medan Indonesia. 

Program Eksplorasi Buku dan Bengkel Penulis Muda yang dianjurkan, berbentuk pertandingan yang berkonsepkan pencarian maklumat. Ia berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap peserta bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan.

 Objektif program ini antaranya memberi pendedahan dan kemahiran para pelajar dalam pencarian maklumat .Juga memberi peluang pelajar melahirkan kreativiti melalui penulisan tema pelbagai. Ia dapat mendekatkan para pelajar dengan Pusat Sumber Sekolah dan menyedarkan para pelajar tentang kepentingan membaca.Program ini juga mampu merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia buku. Ia menepati ciri-ciri pendidikan abad ke 21 pembelajaran berpusatkan murid dan menjana budaya ilmu sepanjang hayat.

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim,Ketua Penolong Pengarah,BTPN Pahang bagi mewakili Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir Ketua Sektor Unit Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan dan Guru Besar dari sekolah yang terlibat dalam program ini. Adalah diharapkan program ini terus menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.

No comments:

Post a Comment