Friday, August 3, 2012

Memperkasakan PPD


Ini adalah gelanggang perkongsian pengalaman, perkongsian inovasi, perkongsian hasil kreativiti untuk meningkatkan keupayaan Pegawai Pelajaran Daerah serta pegawai-pegawainya dan untuk mengangkat tahap pendidikan di daerah masing-maising secara peningkatan berganda. Kita sedar bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperluaskan fungsi PPD sebagai badan penyebaran hingga sampai ke akar umbi, sebagai agen kemajuan pendidikan yang bermakna dan sebagai pusat kecemerlangan. Justru itu Jabatan Pelajaran Negeri Pahang mengambil langkah proaktif untuk menterjemahkan hasrat KPM itu. PPD dan anak buahnya akan menggunakan anjung ini sebagai gelanggang komunikasi alternatif mereka. Kita mahu terjemahkan prinsip CTI (Cepat Tepat dan Integriti) dan PCI (Produktiviti, Creatif dan Inovatif) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri dikalangan PPD Pahang.

Terima kasih.

daripada,

YAHYA BIN ZAINAL ABIDIN
Pengarah Pelajaran Pahang

2 comments:

  1. Tahniah kepada Tuan Pengarah kerana mewujudkan gelanggang ini, bolehlah semua Pegawai di PPD berkongsi idea dan pengalaman.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tauan Haji Rujhan, itulah harapan saya.

    ReplyDelete