Eksplorasi Buku & Bengkel Penulis
Muda Peringkat Antarabangbangsa Mantapkan Program NILAM Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Pusat
Sumber Sekolah Sekolah Berprestasi Tinggi SK
Seri Biram Pekan Pahang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Pekan
dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah menganjurkan Program
Eksplorasi Buku & Bengkel Penulis Muda Peringkat Antarabangsa pada 15 hb
Oktober hingga 17 hb Oktober 2012bertempat di BTPN Pahang. Program ini telah disertai oleh 48 murid-murid
sekolah rendah dari seluruh negara dan 8 peserta dari Perguruan Al Azhar Medan Indonesia.
Program Eksplorasi Buku dan
Bengkel Penulis Muda yang dianjurkan, berbentuk pertandingan yang berkonsepkan
pencarian maklumat. Ia berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti
setiap peserta bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat
dalam bahan bacaan.
Objektif program ini antaranya memberi pendedahan dan
kemahiran para pelajar dalam pencarian maklumat .Juga memberi peluang pelajar
melahirkan kreativiti melalui penulisan tema pelbagai. Ia dapat mendekatkan para pelajar
dengan Pusat Sumber Sekolah dan menyedarkan para pelajar tentang kepentingan
membaca.Program ini juga mampu merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong
keseronokan menerokai dunia buku. Ia menepati ciri-ciri pendidikan abad ke 21
pembelajaran berpusatkan murid dan menjana budaya ilmu sepanjang hayat.
Majlis penutupan rasmi
telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamed Kamal bin Hashim,Ketua Penolong
Pengarah,BTPN Pahang bagi mewakili Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir Ketua Sektor Unit Jaminan Kualiti Jabatan
Pelajaran Negeri Pahang, Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan, Timbalan Pegawai
Pelajaran Daerah Pekan dan Guru Besar dari sekolah yang terlibat dalam program
ini. Adalah diharapkan program ini terus menyemarakkan budaya membaca dalam
kalangan warga sekolah.