Saturday, September 29, 2012

Laporan Resensi Buku PPD MARAN


MAJLIS RESENSI BUKU DAERAH MARAN TAHUN 2012


Resensi atau bicara buku cetusan minda Yang Berbahagia Encik Yahya bin Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang merupakan satu program ilmu yang boleh memberikan impak tinggi kepada pendidikan; asal sahaja kita laksanakan dengan sepenuh hati dan berusaha menjadikan amalan membaca sebagai antara prioriti yang mesti dipenuhi dalam hidup seharian. Majlis yang membicarakan intipati buku-buku hebat membolehkan kita mengutip pengetahuan daripada orang lain yang pelbagai perspektif namun mengimpikan hasrat yang sama iaitu meletakkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara atas landasan kecemerlangan.
 

Dengan izinNYA Yang Maha Esa, Majlis Resensi Buku Peringkat Daerah Maran berjaya dilangsungkan dengan meriah pada 20 September 2012 bermula jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.30 petang. Sebelum berlangsungnya majlis ini, jawatankuasa kerja telah bermesyuarat dua kali dengan gandingan pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Maran, MPSM Daerah Maran, barisan guru penolong kanan pentadbiran, pegawai pusat kegiatan guru dan ahli-ahli panel terlibat. Komitmen dan usaha untuk memastikan Maran menjuarai kecemerlangan pendidikan memberi ransangan kepada semua pihak terlibat apatah lagi cabaran yang dilontarkan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Pahang iaitu menjadikan ‘Maran benchmark’.
 

Walapun Maran mengharapkan kehadiran Yang Berbahagia Pengarah namun kita sedia menerima kehadiran semua demi hasrat membudayakan program bercorak intelektualiti. Bermula jam 2.00 petang, suasana di ruang legar Pejabat Pelajaran Daerah Maran dipenuhi dengan peserta untuk mendaftarkan diri yang terdiri daripada Pengetua, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang dan Kaunselor yang merupakan kelompok sasaran program ini. Pegawai PPD Daerah Bera, Encik Bahari bin Mat juga sudi hadir ke majlis ini, di samping pegawai-pegawai dan wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin. Tetamu rasmi iaitu Yang Berbahagia Encik Rosdi bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang hadir pada jam 2.15 petang, disambut dengan paluan kompang oleh murid-murid SMK Jengka 18. Setibanya di pintu masuk Pejabat PPD Maran, beliau disambut pula oleh pasukan Bicara Berirama, juga dari SMK Jengka 18 yang membicarakan isu membaca dan memperkenalkan dua buah buku yang akan dikupas iaitu Raising Boys dan Make Today Count.


            Gambar 1 : Pasukan Bicara Berirama sedang membicarakan isu buku dengan cara yang begitu unik
 

Majlis resensi atau bicara buku ini merupakan salah satu wadah percambahan minda dan pengetahuan yang sangat berguna dalam kehidupan manusia. Akal budi yang dibangunkan melalui pembacaan dan perkongsian pengetahuan berasaskan hasil pembacaan memperkayakan watak manusia untuk mendepani cabaran dalam arus pendidikan khususnya. Justeru, majlis yang direncanakan ini begitu tinggi nilainya untuk guru-guru berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengubah pendidikan yang lebih berkualiti. Matlamat yang digariskan ialah menjana potensi guru yang cakna akan bidang pembacaan, dan mengaplikasikan maklumat untuk kecemerlangan pendidikan. Warga pendidikan Maran juga meletakkan tiga objektif program ini iaitu:
 

1.      Memupuk kesedaran peri pentingnya pembacaan sepanjang hayat.

2.      Menanam budaya membaca dalam kalangan guru-guru ke arah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.

3.      Menjana kreativiti dan inovasi untuk pelaksanaan proses pendidikan yang berkesan.
 

Hasrat murni majlis ini diteruskan dengan Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang berada dalam Dewan Seminar PPD Maran bersama-sama hampir 200 orang tetamu atau peserta dari semua sekolah menengah daerah Maran. Kehadiran Tuan Haji Md Zulkifli bin Haji Soh, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas, dan Tuan Haji Mohd Raauf bin Haji Jali, Ketua Sektor Jaminan Kualiti amat dihargai dan dirakamkan ucapan terima kasih. Juga bersama-sama berada di dalam dewan ialah pengerusi MGB Daerah Maran.
 

Nyanyian lagu Negaraku sebagai melahirkan rasa cinta kepada negara dikumandangkan, dikuti dengan bacaan doa memohon rahmat Yang Maha Esa di bawah pimpinan AlFadhil Tuan Haji Mohd Ghulam bin Abdullah, GPK Kokurikulum SMK Maran 2. Pengerusi majlis dipertanggungjawabkan kepada Encik Sabaruddin bin Hashim, guru kaunseling SMK Jengka 16 merangkap Pengerusi MGKK Daerah Maran. Penglibatan semua pihak dari semua peringkat atau lapisan ini melambangkan penyatuan dan penglibatan tugas secara menyeluruh berpaksikan ’collaborative, participative and ownership’.
 

Bicara buku dimulakan dengan mengupas intipati buku Raising Boys oleh ahli-ahli panel yang terdiri daripada Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohamed, GPK Pentadbiran SMKJ2 selaku pengerusi forum; Encik Rosmawi bin Hassan, GPK Kokurikulum SMKJ2; Encik Zahanuddin bin Hashim, GPK HEM SMK Desa Jaya; dan Puan Hajah Fauziah bt Abd Rashid, GPK Kokurikulum SMKJ6. PPD Maran telah melantik seorang penasihat bagi panel ini iaitu Tuan Haji Md Ali bin Ahmad, GPK Pentadbiran SMKJ18.
 

Gambar 2 : Kupasan Buku Raising Boys oleh ahli-ahli panel yang menarik perhatian semua jemputan.
 

Kupasan buku dengan melibatkan keupayaan intelek yang tinggi berfokuskan kepada tiga tahap umur budak lelaki iaitu dari lahir sehingga umur 6 tahun, 7 tahun sehingga 14 tahun, dan 14 tahun sehingga dewasa dikongsi oleh semua warga dewan dan difahami dari segi keperluan serta pendekatan yang bersesuaian dalam proses mendidik mereka untuk menjadi manusia yang cemerlang. Anak lelaki bermula dari saat kelahirannya cukup dekat dengan ibunya, namun selepas usia 6 tahun, mereka menjadikan bapa sebagai role model yang akan mencorakkan kehidupan dewasanya. Seiring dengan pemahaman Islam iaitu beri kasih sayang saat usia 7 tahun pertama, didik mereka ketika tahap usia 7 tahun berikutnya, dan jadikan mereka sebagai rakan apabila menginjak usia remaja sehingga dewasa. Warga dewan tidak kesunyian apabila forum ini ada unsur-unsur kecindan yang bukan diada-adakan, tetapi terhasil secara spontan oleh ahli-ahli panel terlibat.
 

Tamat sahaja sesi pertama kupasan buku Raising Boys, semua peserta terpaku dengan syair yang dilagukan oleh adik Ahmad Farhan Haniff bin Ahmad Hisham, pelajar tingkatan 2 SMK Jengka Pusat dalam slot persembahan muzikal dengan iringan muzik gendang, gong dan gitar yang menyentuh tentang intipati buku Raising Boys, dan Make Today Count.
 
 

Gambar3 : Persembahan Muzikal oleh guru dan pelajar bertemakan budaya membaca cukup menarik dan menghiburkan.
 

SYAIR RAISING BOYS & MAKE TODAY COUNT
 

Anak teruna anugerah bak permata,

Pemimpin ummah serta Negara,

Duhai para pencorak warna,

Kain Putih ibaratkan mereka.

 

Duhai Murobbi yang bijak bestari,

Dampingi teruna dengan murni,

Agar terbentuk sahsiah diri,

Pemangkin kekuatan lelaki sejati

 

Teguhnya Sikap tunjang peribadi,

Positifkan diri minda terpatri

Keutamaan diberi pada Prioriti

Sempurna hidup bahagia menanti

 

Kesihatan  teras hidup insani

Kelangsungan tubuh kekal lestari

Keluarga pemangkin hidup harmoni

Kukuhnya ikatan hingga syurgawi

 

Fikiran Holistik Cerminan Diri

Keputusan utuh dapat dimetrai

Komitmen kental pembakar diri

Kunci kejayaan setiap insani

 

Kewangan kukuh mesti dijagai

Penghutang tegal menyesal diri

Berpegang teguh Agama dan Nabi

Hidupkan mulia seharum setanggi

 

Hidup bertuah , Berteman sejati

Sehingga nyawa di ambang mati

Jangan sentiasa terhutang budi

Kebajikan atasi kepentingan diri

 

Genggam segala nilai yang murni

Hidup berprinsip itu dicari

Jangan biarkan dicaci dimaki

Perbaiki diri Kembangkan potensi

 

Lirik Asal: Zuzilawati & Dyana                             

Susunan & Olahan :

Hj Mohd Rozi Hj Mat Sani SMKJP
 

Sesi kedua dimulakan dengan montaj yang memaparkan wajah-wajah ahli panel terlibat. Dengan iringan gendang, semua ahli panel yang terdiri daripada Tuan Haji Darussalam bin Taib, GPK Pentadbiran SMKJ16 selaku pengerusi ’Talk Show’ ; Encik Zulkifli bin Badion, GPK Pentadbiran SMKJ12; Encik Mohamad Sukri bin Jamaluddin, GPK Pentadbiran SMKTAA; dan Encik Mohd Abdul Razif bin Abd Razak, Guru Cemerlang (Bahasa Inggeris) SMKJ21 naik ke pentas untuk membicarakan buku ’Make Today Count (MTC)’ dan penasihat bagi panel ini yang dilantik oleh PPD Maran ialah Tuan Haji Mohd Rozi bin Mat Sani, GPK Pentadbiran SMKJP.
 


Gambar 4 : Ahli-ahli panel yang terlibat dalam kupasan buku ’Make Today Count’.

Intipati kandungan buku ini dibincangkan dengan sempurna, ada unsur humor dan ditetapkan tempoh masa. Ia memenuhi keinginan audien kerana jika dinilai berdasarkan selera penonton, pastinya agak gusar memandangkan jam sudah melewati 4.15 petang tidak memungkinkan penumpuan sepenuhnya kepada kupasan buku oleh ahli-ahli panel terlibat. Namun dengan pengalaman dan penglibatan dalam aktiviti seperti ini membolehkan semua ahli panel mengupas dengan baik dan dikongsi oleh para peserta untuk menguruskan apa yang dipanggil ’Daily Dozen’ oleh John C. Maxwell. Apatah lagi apabila Daily Dozen ini dilagukan oleh Encik Mohd Abdul Razif bin Abd Razak dan Cik Siti Nor Fatihah binti Zakaria dalam melodi joget Pahang yang liriknya seperti di bawah.

Didiklah diri bijak berfikir
Segala usaha diberi komitmen
Kewangan bijak diurus tadbir
Agama diamal mengukuh iman
                       
Jalin hubungan erat persahabatan
Setiap hari hidup berkebajikan
Prinsip dipegang hidup berpanduan
Pembangunan diri turut diutamakan
 
12 disiplin disampai sudah
Perihal kritikal capai keputusan
Anggap semua terbaik dan mudah
Kini dan esok membawa kejayaan
 
Nukilan : Panel Resensi Make Today Count                (Daerah Maran)

Didiklah diri bijak berfikir
Segala usaha diberi komitmen
Kewangan bijak diurus tadbir
Agama diamal mengukuh iman
                       
Jalin hubungan erat persahabatan
Setiap hari hidup berkebajikan
Prinsip dipegang hidup berpanduan
Pembangunan diri turut diutamakan
 
12 disiplin disampai sudah
Perihal kritikal capai keputusan
Anggap semua terbaik dan mudah
Kini dan esok membawa kejayaan
 
Nukilan : Panel Resensi Make Today Count                (Daerah Maran)
 



MAKE TODAY COUNT

 

Membaca adalah jambatan ilmu

Budaya mulia bangsa berjaya          ##

 

Mari membaca membongkar rahsia

Penuhi dada dengan ilmu

Make Today Count namanya karya

John Maxwell penulis buku

 

Daily Dozen panduan jitu

Amalan harian menuju jaya

Mari amalkan satu persatu

Setiap hari hidup bermakna

                               

Langkah dimula mengubah sikap

Buat pilihan ikut prioriti

Kesihatan diri dijaga mantap

Hubungan keluarga dipupuk rapi

 

Didiklah diri bijak berfikir

Segala usaha diberi komitmen

Kewangan bijak diurus tadbir

Agama diamal mengukuh iman

                               

Jalin hubungan erat persahabatan

Setiap hari hidup berkebajikan

Prinsip dipegang hidup berpanduan

Pembangunan diri turut diutamakan

 

12 disiplin disampai sudah

Perihal kritikal capai keputusan

Anggap semua terbaik dan mudah

Kini dan esok membawa kejayaan

 

Nukilan :

Panel Resensi Make Today Count  (Daerah Maran)

 

Selesinya sesi kedua yang membincangkan buku Make Today Count, jam sudah mencecah angka lima petang. Saya selaku Pegawai Pelajaran Daerah Maran dijemput untuk menyampaikan ucapan, dan saya mengambil peluang ini dalam tempoh lima minit merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Pahang, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dengan meriahnya majlis resensi peringkat Daerah Maran buat julung kalinya saat ini. Usaha yang bersungguh-sungguh akan menuai hasil yang terbaik, dan cabaran kita lalui dengan semangat, tekad dan hasrat untuk menjuarai kecemerlangan pendidikan Maran.
 

Hidup Melayu penuh kesantunan dan majlis tiada seri tanpa ucapan Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang. Beliau menitipkan pesan dalam ucapannya agar program ini disebarluaskan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan berkesan serta menjadi program impak tinggi kepada kecemerlangan pendidikan.  Beliau juga merakamkan penghargaan dan tahniah atas kejayaan penganjuran program tersebut dan disimpulkan sebagai bagus, sangat meriah.

 

Gambar 5 : Penyampaian sijil kepada panel yang terlibat oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Encik Rosdi bin Ismail.
 

Melewati jam 5.15 petang, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada ahli-ahli panel dan jawatankuasa pengelola, penyampaian buku (2 buah/organisasi) kepada MPSM dan MGB daerah Maran, penyampaian buku ‘Raising Boys’ kepada PPD Kuantan, Pekan dan Rompin, dan penyampaian cenderamata iaitu buku dan frame kepada Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.
 

Majlis ditamatkan dengan gimik ikrar dan janji warga pendidikan Maran untuk melaksanakan proses pendidikan bermutu tinggi, meningkatkan kekuatan ilmu dan jati diri, dan belajar sepanjang hayat yang ditambah nilai melalui amalan membaca. Terima kasih kepada semua.

 

Membaca Menjana Minda.

Membaca Memperkasa Minda.

 

Disediakan oleh :

Baharum bin Haji Samat
Pegawai Pelajaran Daerah Maran
                  
 
 
 

 


Thursday, September 20, 2012

RESENSI BUKU PPD MARAN MERIAH



20 September 2012
PPD Maran telah mengadakan majlis Resensi Buku, mengupas dua buah buku iaitu buku Rasing Boys dan Make Today Count. Mereka telah melaksanakan bersungguh-sungguh dan ada kelaianan dari majlis yang dilaksanakan oleh daerah lain sebelum ini. Tahinah kepada semua yang yang terlibat. Sudah tentu program hari ini menjadi peransang kepada PPD yang lain.

Kita mahu semua PPD di Pahang menggerakkan aktiviti kupasan buku ini. Seterusnya kita mahu aktiviti ini terus subur di kalangan pendidik di negeri Pahang. Kita luaskan lagi hingga kepada murid-murid sekolah.

Kita telah jumpa jalan menuju kecemerlangan ilmu.
Teruskan perjalanan ini.
Ini adalah cara negeri Pahang untuk menempa kemajuan modal insan.
Jangan cepat berhenti, ini satu permulaan.

Terima kasih.

Monday, September 17, 2012

PPD Raub 3

 
PROGRAM PUSAT KECEMERLANGAN PEMBELAJARAN FASA 2 ( PKP 2 ), PELAJAR PMR
DAERAH RAUB 2012


 Hasil De-briefing PMR dan Mesyuarat PPD Raub bersama MPSM Daerah  Raub Tahun 2012,  telah bersetuju mengadakan Program PKP 2 yang memfokuskan pelajar-pelajar ”Near-Miss Cemerlang” bagi memastikan pencapaian cemerlang PMR 2012,mengikut ketetapan berikut :                            

           
Tarikh                 :  Bermula 24 hingga 28 September 2012

 Masa                  :  8.15 pagi – 12.30 tengah hari.

Tempat / subjek :  Mengikut jadual yang ditetapkan.

 
PKP 2 ini adalah kesinambungan dari PKP 1 yang dilihat telah membuahkan hasil serta mencapai objektif yang disasarkan. Kejayaan PKP 1 lalu dapat diterjemahkan melalui hasil peperiksaan percubaan PMR baru-baru ini.


Negeri
PPD
Bil Semua A
Bil Murid Hadir
% Semua A
PAHANG
PPD BENTONG
7
1668
0.42
PAHANG
PPD BERA
7
1214
0.58
PAHANG
PPD CAMERON HIGHLANDS
2
455
0.44
PAHANG
PPD JERANTUT
11
1685
0.65
PAHANG
PPD KUANTAN
86
7035
1.22
PAHANG
PPD LIPIS
4
1237
0.32
PAHANG
PPD MARAN
8
1618
0.49
PAHANG
PPD PEKAN
15
1876
0.80
PAHANG
PPD RAUB
17
1317
1.29
PAHANG
PPD ROMPIN
4
1761
0.23
PAHANG
PPD TEMERLOH
21
2718
0.77


Dari segi peratus semua A, daerah Raub telah mendahului iaitu sebanyak 1.29%.

 

Negeri
PPD
Murid Hadir
Gred A
Gred B
Gred C
Gred D
Gred E
GP Daerah
PAHANG
PPD BENTONG
1668
1321
2579
3072
2379
3787
3.36
PAHANG
PPD BERA
1214
1097
1674
2076
1679
2941
3.39
PAHANG
PPD CAMERON HIGHLANDS
455
346
591
810
568
1167
3.46
PAHANG
PPD JERANTUT
1685
1661
2849
3350
2190
3268
3.19
PAHANG
PPD KUANTAN
7035
7103
11763
12632
8750
15129
3.24
PAHANG
PPD LIPIS
1237
794
1531
2127
1676
3521
3.58
PAHANG
PPD MARAN
1618
1315
2300
2988
2457
3764
3.39
PAHANG
PPD PEKAN
1876
1963
3479
3579
2469
3305
3.11
PAHANG
PPD RAUB
1317
1492
2070
2245
1553
2899
3.22
PAHANG
PPD ROMPIN
1761
1549
2887
3365
2286
3731
3.27
PAHANG
PPD TEMERLOH
2718
2285
3970
5080
4133
5885
3.34


Dari segi GP Daerah, daerah Raub telah mendapat 3.22, dibelakang daerah Pekan dan Jerantut.


PPD
Lulus
Gagal
Murid Hadir
% Lulus
PPD BENTONG
570
1010
1668
34.17
PPD BERA
437
676
1214
36.00
PPD CAMERON HIGHLANDS
146
276
455
32.09
PPD JERANTUT
705
878
1685
41.84
PPD KUANTAN
2890
3798
7035
41.08
PPD LIPIS
333
812
1237
26.92
PPD MARAN
542
976
1618
33.50
PPD PEKAN
804
968
1876
42.86
PPD RAUB
558
683
1317
42.37
PPD ROMPIN
672
963
1761
38.16
PPD TEMERLOH
1083
1445
2718
39.85

Dari segi peratus lulus, daerah Raub telah berjaya mencapai 42.37 % , menjadi peratus
lulus kedua tertinggi di Pahang.

Pihak PPD bersama MPSM sekali lagi merasakan bahawa program PKP ini telah berjaya membantu melonjakkan prestasi daerah, maka PKP 2 yang bakal dijalankan nanti diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan dalam membantu pelajar-pelajar nearmiss cemerlang.

Jadual Program PKP 2 Daerah Raub 2012.


TARIKH
MASA
SUBJEK
GURU PAKAR
TEMPAT BERTUGAS
 GURU PAKAR
NAMA LOKASI
24/09/2012 ISNIN
8.00 - 12.30 PM
MATE
LEE LIAN MOI
SMK SG RUAN
SMK CHUNG CHING
TEE LEN ONG
SMK TG KUDIN
HAZLINA BT ABDULLAH
SMK MAHMUD
 
 
25/09/2012 SELASA
8.00 - 12.30 PM
ENGLISH
HAMIYATI BT ABDULLAH
SMK MAHMUD
SM SAINS TENGKU ABDULLAH
AZLINA BT HUSSAIN
SMK SG RUAN
NOORASIKIM BT ABD RAHMAN
SMK GALI
 
 
26/09/2012 RABU
8.00 - 12.30 PM
SEJARAH
SARIMA BT MAT JAMIN
SMK TG KUDIN
SMK SERI RAUB
NORHIDAYATI BT OTHMAN
SMK LKTP TERSANG
MOHAMAD REDZEUAN B MD YUNUS
SMK MAHMUD
 
 
27/09/2012 KHAMIS
8.00 - 12.30 PM
B MELAYU
HABIBI BT AHMAD
SMK P METHODIST
SMK P METHODIST
AFIZAH BT AHMAD
SMK DONG
CHE MAT TAKIYUDIN B CHE IBRAHIM
SMK MAHMUD
 
 
28/09/2012 JUMAAT
8.00 - 12.30 PM
SAINS
ASPALELLA BT DOLLAH
SMK CHUNG CHING
SMK MAHMUD
LEE SEW YIN
SMK SG RUAN
TAN BOON LEE
SMK CHUNG CHING
 
 

 
Bilangan Peserta Program PKP 2 Daerah Raub 2012


NAMA LOKASI
BIL PELAJAR NEAR MISS CEMERLANG
SMK(P)M
SMKCC
SMKDSH
SMKD
SMKG
SMKT
SMKM
SEMESRA
SMKSGRN
SMKTK
JUMLAH
SMK CHUNG CHING
2
0
7
0
12
0
18
20
21
20
100
SM SAINS TENGKU ABDULLAH
8
11
5
0
12
0
28
20
17
19
120
SMK SERI RAUB
3
9
7
0
12
0
17
20
22
20
110
SMK P METHODIST
13
18
13
0
12
0
20
20
20
10
126
SMK MAHMUD
3
7
3
7
12
0
27
30
23
10
122
JUMLAH KESELURUHAN PESERTA SEKOLAH
29
45
35
7
60
0
110
110
103
79
578


Semoga usaha murni ini dapat membantu pelajar-pelajar PMR Daerah Raub mencapai kecemerlangan yang diidamkan. Jutaan terimakasih kepada semua pihak yang bakal terlibat dalam program ini terutamanya dari Tuan PPD Raub sendiri, Encik Sudar bin Kiman atas keprihatinan dan wawasan beliau terhadap kecemerlangan daerah.

Laporan oleh:
Ahmad Jameel bin Abu Hassan