Friday, August 31, 2012

PPD KUANTAN 01

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUANTAN
PROGRAM KEM ANAKKU SAYANG LINUS
17 Hingga 19 April 2012



Gambar 1
Kreativiti guru amat penting dalam menarik minat dan perhatian anak muridnya



Gambar 2
Aktiviti kumpulan  Kem Anakku Sayang dengan bantuan guru sebagai fasilitator



Gambar 3
Aktiviti permainan yang boleh menarik minat murid LINUS untuk belajar mengenal nombor



Gambar 4
Murid berkomunikasi dengan guru dan rakan

Friday, August 3, 2012

PPD buat kajian lapangan di Maran


 
Kita telah memulakan program Memperkasakan PPD sebagai tindakan proaktif JPN Pahang. PPD telah berhimpun di Maran selama dua hari membuat kajian lapangan terhadap best practises beberapa buah sekolah di daerah Maran untuk diterap ke sekolah-sekolah di daerah masing-masing, ini adalah satu permulaan. Tahniah dan terima kasih.

Setiap orang PPD akan melaporkan hasil dapatan daripada kajian lapangan itu untuk diterapkan di daerah masing-masing.

Kita bertindak pantas. Kita memilih lokasi yang betul sebagai tempat rujukan. Kita sebar luaskan secara jujur.

Yahya bin Zainal Abidin
Pengarah Pelajaran Pahang
4 Ogos 2012




Memperkasakan PPD


Ini adalah gelanggang perkongsian pengalaman, perkongsian inovasi, perkongsian hasil kreativiti untuk meningkatkan keupayaan Pegawai Pelajaran Daerah serta pegawai-pegawainya dan untuk mengangkat tahap pendidikan di daerah masing-maising secara peningkatan berganda. Kita sedar bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperluaskan fungsi PPD sebagai badan penyebaran hingga sampai ke akar umbi, sebagai agen kemajuan pendidikan yang bermakna dan sebagai pusat kecemerlangan. Justru itu Jabatan Pelajaran Negeri Pahang mengambil langkah proaktif untuk menterjemahkan hasrat KPM itu. PPD dan anak buahnya akan menggunakan anjung ini sebagai gelanggang komunikasi alternatif mereka. Kita mahu terjemahkan prinsip CTI (Cepat Tepat dan Integriti) dan PCI (Produktiviti, Creatif dan Inovatif) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri dikalangan PPD Pahang.

Terima kasih.

daripada,

YAHYA BIN ZAINAL ABIDIN
Pengarah Pelajaran Pahang